Wednesday, March 4, 2009

Surau di Terminal Bus SG Nibong

hi guys...

hari ni dah menjengah 3 surau,dan surau yang terkahir yang menjadi pilihan kami adalah surau di Terminal Bus SG Nibong..hehe

Katanya,ia antara surau yang mesra pelanggan,jom kita terjah!!pastu komen puas2!!



terminal bus yang popular didalam pulau


surau ini dipantau dan diuruskan dengan baik


tempat mengambil wudu yang bersih



dilengkapi dengan permaidani yang selesa




ianya dilengkapi dengan sistem pendingin hawa


RATING TIME!!

PENGURUSAN

7/10

KEBERSIHAN

8/10

KECERIAAN

4/10

KESELESAAN

9/10



Kesedihan yang teramat!!

salam kepada semua coki2!!!

hari ni memang sgt hilang minat kerana lawatan kami seterusnya adalah di salah sebuah kompleks membeli-belah yang agak terkenal di P.Pinang...KOMPLEKS BUKIT JAMBUL
btw,memang ramai kawan2 menggalakkan kami menerjah ke surau sana kerana ia didalam keadaan yang daif,jadi dengan maklumat tersebut kami sekadar mengharapkan ianya tidaklah seburuk mana...tetapi keadaan menyayat hati apabila rumah ibdah ini tidak kelihatan seperti surau,malah stor pun lagi cantik dari surau...ayuh,kita perinci satu persatu!!



KOMPLEKS BUKIT JAMBUL



surau ini terletak betul2 di kawasanletak kereta dan ia sangat berbahaya..



tempat mengambil wudu' yang sempit...(1 kepala paip pulak tu!!!)




keadaan lantai yang tidak selamat(mengalahkan rumah sewa)

RATING TIME xleh dibuat kerana ianya sangat tidak layak di nilai...kami disini akan cuba memastikan tahap kualiti surau di BUKIT JAMBUL ini dipertingkatkan...ianya akan di follow up kan disini!!!

WE WILL SEE!!!

SURAU di SEAGATE

salam coki-coki, berikut merupakan lokasi surau yang telah kami lawati iaitu terletak di medan selera SeaGAte..kami merasakan ia amat sesuai dijadikan bahan kajian kerana kami selalu melawati kaw ini tetapi tidak pernah perasan akan kewujudan surau ini,jadi kami selongkar mengapa surau ini kurang diberi perhatian!



SURAU MPPP

Kebaikan

-lokasi yang baik kerana berdekatan dengan medan selera Seagate..
-ia juga boleh digunakan oleh pekerja-pekerja kilang yang berdekatan
-ianya boleh memuatkan sejumlah jemaah yang besar( dlm 50 jemaah).
Ini kerana ia bole memenuhi keperluan muslim ketika bulan puasa.

Keburukan

-ianya tidak begitu baik diselenggarakan
-sesetengah bahan binaanya tidak begitu sesuai untuk dijadikan rumah ibadah seperti kubahnya
-Ianya adalah dibawah kelolaan MPPP tetapi tidak diberi perhatian sepenuhnya.



penggunaan kubah plastik membuatkan suasana didalam surau menjadi panas



tempat melepak bg sesetengah golongan yang suka mencuri tulang




rak meletak sejadah dan telekung yang tidak digunakan dengan baik


-tempat ambil wudhu' yang tidak dijaga




RATING TIME!!

Kali ni u guys pulak yang decide!!

Kebersihan

Pengurusan

Keceriaan

Dan lain2!!!



sekian

ART









hottt visitor

Hottt followers