Tuesday, March 31, 2009

baik punyer!!!

surau di R&R Hentian Penanti

pintu masuk surau
bagku menunggu di luar surau

kemudahan lain seperti kipas dan panduan solat kepada musafir

rak telekung dan sejadah yang tersusun

keadaan dalam surau yang selesa

tempat mengambil wuduk yang bersih

Surau kali ni yang paling best periuk api nak kongsi ngan coki-coki semua...lepas je sempadan Kedah, maknanya dah masuk Pulau Pinang lah kan...R&R Hentian Penanti menjadi sasaran lensa kamera ahli kumpulan kami...past parkir je kereta...terus menuju ke surau..em..dari pandangan luar memang cantik...bentuk surau pun unik..walaupun agak sempit tetapi semua itu bukan menjadi halangan untuk mengetahui keadaan di dalam surau tersebut..em..dari luar lagi dah bersih...mungkin bahagian dalam akan bersih...memang betul tanggapan kami...masuk je pintu surau sebelah kiri bahagian dalam surau tu tempat mengambil wuduk...em...bersih...lepas tu masuk lagi bahagian dalam...lantai bersih....rak telekung dan sejadah tersusun cantik...di tambah pula dengan panduan solat kepada musafi...kemudahan elektrik...bangku di ruang menunggu turut disediakan dibahagian luar surau....ini menjamin keselesaan kepada orang yang nak solat sebab bahagian dalamnya sempit..tapi tak apa lah..sekurang-kurangnya selesa....tahniah kepada penguran R&R Hentian Penanti...segala usaha untuk menjaga kebajikan masyarakat amatlah dihargai...teruskan usaha murni pihak tuan...semoga apa yang pihak tuan lakukan ini akan diberkati...inasyaALLAH...TAHNIAH!!!!!






RATING TIME!!



Pengurusan

9/10


Kebersihan

9/10


Keceriaan

9/10


Keselesaan

9/10



R&R OH R&R

pintu luar surau

keselesaan kepada pengguna

tempat mengambil wuduk yang bersih


R&R Perah, Gerik...hentian seterusnya yang menjadi sasaran kami...bila singgah jer kat situ memang tidak dapat dinafikan...r&r ni tak kering dengan pegunjung yang berhenti rehat untuk perjalanan yang seterusnya...kat sini bukan jer setakat deretan kedai makan atau tandas tetapi surau turut di sediakan..secara tidak langsung memberi keselesaan kepada pengguna serta kawasan yang lapang untuk memuatkan berpuluh-puluh kenderaan dalam satu masa...tanpa membuang masa...terus menuju ke surau untuk melihat apa cerita di sebalik kemudahan yang disediakan...bila masuk je dalam surau...em..memang tak dinafikan...agak selesa..hati dah berbunga-bunga gembira sebab keadaan dalam surau tu agak bersih..tempat ambil wuduk pun bersih...lepas tu masuk bahagian tempat solat....em....selesa dan bersih...kemudahan seperti kipas dan telekung disediakan...ada dinding pemisah antara lelaki dan wanita...bila keluar jer..hati berasa lega...em..tahniah ke atas pihak pengurusan R&R Perah...teruskan usaha anda memberi khidmat kepada masyarakat....dan berharap kebersihan akan terus dikekalkan demi kebaikan semua..TAHNIAH sekali lagi!!!!
RATING TIME!!
Pengurusan
8/10
Kebersihan
9/10
Keceriaan
8/10
Keselesaan
8/10

Monday, March 30, 2009

hentian rehat dalam kawasan Gerik, Perak

Selepas itu, perjalanan diteruskan lagi dan singgah kemudian singgah di hentian rehat dalam kawasan Gerik di mana hentian yang agak popular kepada pengguna Lebuhraya Gerik-Timur pada sebelah malam...terutama kepada bas exspres...em..kepada sesiapa yang menggunakan lebuhraya ini tentu akan tahu di mana lokasinya...mula-mula sampai kat sini tercari-cari juga kat mana letaknya surau..em..agak tersorok dari pandangan mata...macam biasa lah...tandas lebih bagus dan baik dari surau...boleh dibina banyak-banyak...kat sini tak tau lah macam mana pemikiran orang sekarang...sedangkan surau itu adalah rumah ibadat..lihat lah gambar yang telah diambil di bawah..masih berlaku benda yang sama....keadaan dalam surau yang tidak terurus...kain telekung tidak dilipat...sejadah yang berselerak...tempat mengambil wuduk yang agak kotor...keadaan surau pula kalau dilihat tidak ubah macam stor...pintu surau pun tak ada...hanya tirai sahaja yang mampu dijadikan dinding pemisah antara lelaki dan wanita....sedih..daif sekali.....pihak yang bertanggungjawab....tolonglah...tolong sangat-sangat ambil berat tentang hal-hal macam ni...semua ini untuk kebaikan semua..kalau tandas boleh diperbaharui tak kan lah surau tak boleh diperbaharui.!!!..pikir-pikirlah sendiri!!!!!


restoran di kawasan hentian rehat


surau yang tiada pintu

tempat mengambil wuduk yang kotor

keadaan dalam surau yang tidak terurus

telekung dan sejadah berselerak



















































































































































pemandangan puncak titiwangsa

Maaf banyak2 sebab post article lambt skt..maklumlah tugasan banyak yang perlu diselesaikan..kat sini kami nak cerita sikit pasal pemandangan kat puncak titiwangsa..em..memang agak cantik kepada mereka yang gemarkan alam semulajadi..tapi bagi kami agak menyedihkan sebab cantik itu tidak kene pada tempatnya..untuk makluman, salah seorang kumpulan kami merupakan salah seorang pengguna Lebuhraya Gerik-Timur, dan baru-baru ni balik kampung dan sempat ambil gambar kat perhentian rehat sepanjang perjalanan ke Penang...jika dilihat gambar di bawah amat menyedihkan..surau yang agak kecil dan sempit..sedangkan tempat ini tak putus-putus dikunjungi pengguna setiap masa...dan agak menyedihkan lagi tandas yang disediakan lebih besar daripada surau...heran kami...xtau lah nak cakap apa..bile masuk je dalam surau 2 ditambah lagi perasaan sedih apabila bahagian rak sejadah...ada sejadah jer....telekong tidak disediakan..dah lah 2..berselerak pulak..keadaan dalam surau pun agak panas...tak ada kipas..dan keadaan tempat mengambil wuduk perlu berkongsi dan tidak di asingkan...kat sini aku nk mintak lah pihak-pihak yang bertanggungjawab atas benda-benda cam ni..ambillah tindakan sewajarnya..tandas boleh di besarkan.ape salahnya...surau di besarkan juga!!!
lihat lah betapa besarnya perbezaan surau dan tandas

tempat mengambil wuduk yang perlu berkongsi



keadaan dalam surau yang sempit


keadaan sejadah yang berselerak

surau yang kecil dan sempit


Rating Time!!
Pengurusan
5/10
Kebersihan
4/10
Kecerian
4/10
Keselesaan
4/10












hottt visitor

Hottt followers