Sunday, February 22, 2009

Kenapa anda perlu melayari blog ini??

Salam sejahtera..salam muhibah...
Jutaan terima kasih kerana sudi melayari blog kami...
Lawatan anda ke blog kami secara tidak langsung telah menolong kami dalam menyiapkan tugasan yang telah di pertanggungjawabkan...
Kami telah diberi tugasan untuk mengenalpasti surau (musala) yang terdapat di kompleks membeli belah, aparmant, kawasan r& r dan sebagainya..

Antara sebab-sebab anda perlu melayari blog ini adalah:
1) Blog ini adalah tempat terbaik anda untuk berkongsi atau memberi pandangan terhadap surau-surau yang terdapat di sekitar tempat anda.
2) Kami mengalu-alukan anda berkongsi gambar surau seperti gambar yang menarik atau gambar yang kurang menarik.
3) Kita sebagai rakyat Malaysia amnya, dan sebagai umat Islam khususnya, prihatin atau tidak dengan isu ini.
4) Kami juga akan mengelaskan surau-surau yang terbaik untuk di jadikan contoh kepada pelawat yang melayari blog ini.
5) Selain itu, kami akan berkongsi dengan anda dalam menyediakan informasi yang terkini berkaitan dengan surau-surau yang telah di gunakan.

Kami berharap agar blog ini akan terus bergerak aktif dalam isu-isu yang menarik walaupun ini sekadar salah satu tugasan dalam mata pelajaran kami.

Segala pandangan serta pendapat anda akan kami hargai...
Sekian terima kasih.

Kejutan Di Surau QUEENSBAY MALL!!

salam semua,

hari ini, kami geng periuk api telah mula menjalankan operasi kami untuk memantau dan menilai surau-surau di kawasan2 umum seperti kompleks membeli-belah, kawasan R&R, apartmen dan sebagainya lagi.Bukan apa coki-coki(pembaca), kami hanya menjalankan misi kami untuk mengukur tahap pengurusan terhadap surau-surau untuk keperluan orang ramai. Maklumlah, penelitian yang terperinci perlu ada terutamanya didalam menguruskan rumah ibadah khususnya bagi muslim.Semua org sedia maklum, bahawa mana2 kompleks membeli belah pasti mempunyai suraunya sendiri.Jadi sebagai permulaan, kami memulakan misi kami di QUEENSBAY MALL...jadi kita lihat apa yang berlaku...

QUEENSBAY MALL

setibanya kami disana, kami mendapati bahawa penunjuk arah di bangunan tersebut tidak lengkap dan sukar ditemui. Kami bernasib baik kerana terlihat papan tanda yang menunjukkan surau terletak di aras 5,itupun dikawasan letak kereta dan terus Kami ke sana.Jika diamati secara kronologinya,saya melihat bahawa surau ini tidak terletak di kawasan yang mudah di kunjungi kerana terletak jauh terpencil di kawasan letak kereta. Saya melihat ia agar menyukarkan bagi sesetengah golongan khususnya warga tua dan OKU (orang kelainan upaya).


Setibanya disana,geng periuk api mula memasuki musalla wanita terlebih dahulu.Apa yang memeranjatkan kami, ianya seperti sebuah kawasan letak kereta ,tidak berkarpet dan mempunyai suhu bilik yang sgt sejuk.Ianya tidak kelihatan seperti surau, kerana ianya sekadar ruang untuk bersembahyang disamping kemudahan sejadahnya yang sedikit.Ia seolah-olah mempamerkan sikap pengurusan yang hanya melakukan kerja seperti melepaskan batuk di tangga,sekadar menyiapkan ruang untuk bersembahyang.
Malah jika dibandingkan dengan lot parking VVIP yang disediakan,ianya lebih mewah berbanding surau yang disediakan. Telekung yang disimpan begitu kotor dan tidak diuruskan dengan baik.Terdapat juga sampah sarap yang bersepah, seolah-lah ia bukan nya sebuah surau.
Misi diteruskan apabila wakil tunggal lelaki menerobos surau lelaki.Persekitarannya sama,malah sejadah yang disediakan pula hanya satu sahaja itupun hanya untuk tok imam.Dikawasan berwudhuk agak kotor kerana tiada penyelenggaraan dilakukan.Walaupun rak kasut disediakan, ianya dijadikan bangku untuk jemaah duduk,memakai kasut.Malah,apa yang mengejutkan kami terdapat beberapa syiling bumbung, berlubang dan agak berbahaya kepada jemaah surau..Disini seolah2 berlaku pelbagai andaian bagaimana Queensbay Mall yang kelihatan mewah boleh terlepas pandang terhadap pengurusan surau mereka?Fikir-fikirkanlah,wahai coki-coki sekalian.....


RATING TIME!

KEBERSIHAN
(4/10)

PENGURUSAN
(3/10)

INVENTORI
(4/10)


KECERIAAN
(0/10)

























sekian,

ART

Surau Ivory BUKIT GAMBIR...!apa cer..?

Hai salam sejahtera kpd semua pembaca blog kami nie .....seperti biasa la kami punya tugas yang perlu diselesaikan iaitu mencari surau2 di sekitar Penang terutama skali yg berada di bawah pengurusan syarikat2 gah katanya..! tapi kalau je syarikat besar tetapi kebajikan pengguna tak dijaga apa cer...?

mesti u ols nak tawu kan nama surau yang kami terjah nie..! ala kalau ade antara u ols yang pernah solat di situ mesti tawu kan name surau tersebut..?tapi kalu tak tawu si periuk api nak bagitau nie.! surau yang kami terjah tuh adalah SURAU IVORY BUKIT GAMBIR...~kata papan tanda yg terlekat indah di belakang bangunan surau tersebut...~uh check2 cooL2~

sebelum si periuk api nak cerita panjang tentang surau ni bek kami cerita dulu sedikit latar belakang surau ini...!





:BIODATA:

NAMA - SURAU IVORY BUKIT GAMBIR

TEMPAT LAHIR - BUKIT GAMBIR,PENANG

TARIKH LAHIR- 24 JUN 2005

HARI- JUMAAT


DI RASMIKAN OLEH - YB.DATO' SRI DR HILMI . YAHYA
( Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan Malaysia)








Ok nilah serba sedikit tentang surau Ivory ini....! terperanjat si periuk api membaca papan tanda ini.rupanya dah nak masuk 3 tahun surau ini beroperasi tapi..tapi...mesti u ols nak tawu kan knp dengan tapi...?

ok la nak kata jauh dgn lokasi tempat balaja tak la juga..cerita nya begini sedang asyik menikmati mkn malam di sebuah restoren sekitar Ivory mati kami terpaku melihat berdirinya sebuah surau berhampiran dgn tempat menjamu selera kami ini...! terdetik untuk melihat di dalam surau berkenaan...kerana apa yang kami lihat dari luar surau tuh wah nampak cantik dan menarik....mesti nak arik perhatian pengguna..tapi ape2 jerla....!BTW syukur sbb ada gak surau yg pengurusan Ivory nak sediakan kat situ esp utk pengguna2 di Penang la kot...!

si periuk api bukan nak menjadi kak 6 (busy body) tetapi si periuk api sangat mengambil berat tentang kebajikan pengguna terutamya sekali dalam bab2 ibadah nie yerla kebetulan kami pun membongkar isu surau jadi tak salah si periuk api menyentuh apa yang perlu diperbaiki oleh pihak pengurusan ini....!

semua pengguna surau mesti la nak kan keselesaan betul tak? tapi lihatlah dari lensa si periuk api ini...~




Pintu utama ke surau Ivory-



Pintu masuk ke ruang solat
Kelemahan( mempunyai 1 laluan untuk ke ruang solat)
berkongsi dengan muslimat@kaum wanita


Tempat mengambil wuduk

Kelemahan ( mempunyai 1 ruang mengambil wuduk)
berkongsi dengan muslimat@kaum wanita



Ruang solat wanita

Kelemahan( surau tidak menyediakan kemudahan seperti :
- Rak telekong dan sejadah-
- Cermin-
- Penyangkut tudung-



Ruang solat lelaki


Apa motif papan tanda ini...? nak tau baca betul2...hahha!

~waktu solat~

subuh : 6.45
zohor : 1.50
asar :5.10
magrib : 7.40
isyak : 9.00
**pelik tak waktu solat yang dipaparkan di white board nie...?

sebagai pemerhati sosial kita perlu mengambil berat tentang apa-apa yang kurang di sekeliling kita..jadilah pemerhati sosial yang bertanggungjawab kepada AGAMA..NEGARA dan BANGSA..!

hottt visitor

Hottt followers