Tuesday, March 31, 2009

R&R OH R&R

pintu luar surau

keselesaan kepada pengguna

tempat mengambil wuduk yang bersih


R&R Perah, Gerik...hentian seterusnya yang menjadi sasaran kami...bila singgah jer kat situ memang tidak dapat dinafikan...r&r ni tak kering dengan pegunjung yang berhenti rehat untuk perjalanan yang seterusnya...kat sini bukan jer setakat deretan kedai makan atau tandas tetapi surau turut di sediakan..secara tidak langsung memberi keselesaan kepada pengguna serta kawasan yang lapang untuk memuatkan berpuluh-puluh kenderaan dalam satu masa...tanpa membuang masa...terus menuju ke surau untuk melihat apa cerita di sebalik kemudahan yang disediakan...bila masuk je dalam surau...em..memang tak dinafikan...agak selesa..hati dah berbunga-bunga gembira sebab keadaan dalam surau tu agak bersih..tempat ambil wuduk pun bersih...lepas tu masuk bahagian tempat solat....em....selesa dan bersih...kemudahan seperti kipas dan telekung disediakan...ada dinding pemisah antara lelaki dan wanita...bila keluar jer..hati berasa lega...em..tahniah ke atas pihak pengurusan R&R Perah...teruskan usaha anda memberi khidmat kepada masyarakat....dan berharap kebersihan akan terus dikekalkan demi kebaikan semua..TAHNIAH sekali lagi!!!!
RATING TIME!!
Pengurusan
8/10
Kebersihan
9/10
Keceriaan
8/10
Keselesaan
8/10

No comments:

Post a Comment

hottt visitor

Hottt followers