hari ini, kami geng periuk api telah mula menjalankan operasi kami untuk memantau dan menilai surau-surau di kawasan2 umum seperti kompleks membeli-belah, kawasan R&R, apartmen dan sebagainya lagi.Bukan apa coki-coki(pembaca), kami hanya menjalankan misi kami untuk mengukur tahap pengurusan terhadap surau-surau untuk keperluan orang ramai. Maklumlah, penelitian yang terperinci perlu ada terutamanya didalam menguruskan rumah ibadah khususnya bagi muslim.Semua org sedia maklum, bahawa mana2 kompleks membeli belah pasti mempunyai suraunya sendiri.Jadi sebagai permulaan, kami memulakan misi kami di QUEENSBAY MALL...jadi kita lihat apa yang berlaku...
setibanya kami disana, kami mendapati bahawa penunjuk arah di bangunan tersebut tidak lengkap dan sukar ditemui. Kami bernasib baik kerana terlihat papan tanda yang menunjukkan surau terletak di aras 5,itupun dikawasan letak kereta dan terus Kami ke sana.Jika diamati secara kronologinya,saya melihat bahawa surau ini tidak terletak di kawasan yang mudah di kunjungi kerana terletak jauh terpencil di kawasan letak kereta. Saya melihat ia agar menyukarkan bagi sesetengah golongan khususnya warga tua dan OKU (orang kelainan upaya).
Malah jika dibandingkan dengan lot parking VVIP yang disediakan,ianya lebih mewah
Misi diteruskan apabila wakil tunggal lelaki menerobos surau lelaki.Persekitarannya sama,malah sejadah yang disediakan pula hanya satu sahaja itupun hanya untuk tok imam.Dikawasan berwudhuk agak kotor kerana tiada penyelenggaraan dilakukan.Walaupun rak kasut disediakan, ianya dijadikan bangku untuk jemaah duduk,memakai kasut.Malah,apa yang mengejutkan kami terdapat beberapa syiling bumbung, berlubang dan agak berbahaya kepada jemaah surau..Disini seolah2 berlaku pelbagai andaian bagaimana Queensbay Mall yang kelihatan mewah boleh terlepas pandang terhadap pengurusan surau mereka?Fikir-fikirkanlah,wahai coki-coki sekalian.....
RATING TIME!
KEBERSIHAN
(4/10)
PENGURUSAN
(3/10)
INVENTORI
(4/10)
KECERIAAN
(0/10)
sekian,
ART
No comments:
Post a Comment