Sunday, February 22, 2009

Kenapa anda perlu melayari blog ini??

Salam sejahtera..salam muhibah...
Jutaan terima kasih kerana sudi melayari blog kami...
Lawatan anda ke blog kami secara tidak langsung telah menolong kami dalam menyiapkan tugasan yang telah di pertanggungjawabkan...
Kami telah diberi tugasan untuk mengenalpasti surau (musala) yang terdapat di kompleks membeli belah, aparmant, kawasan r& r dan sebagainya..

Antara sebab-sebab anda perlu melayari blog ini adalah:
1) Blog ini adalah tempat terbaik anda untuk berkongsi atau memberi pandangan terhadap surau-surau yang terdapat di sekitar tempat anda.
2) Kami mengalu-alukan anda berkongsi gambar surau seperti gambar yang menarik atau gambar yang kurang menarik.
3) Kita sebagai rakyat Malaysia amnya, dan sebagai umat Islam khususnya, prihatin atau tidak dengan isu ini.
4) Kami juga akan mengelaskan surau-surau yang terbaik untuk di jadikan contoh kepada pelawat yang melayari blog ini.
5) Selain itu, kami akan berkongsi dengan anda dalam menyediakan informasi yang terkini berkaitan dengan surau-surau yang telah di gunakan.

Kami berharap agar blog ini akan terus bergerak aktif dalam isu-isu yang menarik walaupun ini sekadar salah satu tugasan dalam mata pelajaran kami.

Segala pandangan serta pendapat anda akan kami hargai...
Sekian terima kasih.

No comments:

Post a Comment

hottt visitor

Hottt followers